Indera SC tandatangan empat pemain luar negara

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Indera SC telah mengesahkan penandatanganan empat pemain luar negara, menjelang perlawanan kalah mati timbal balik menentang Yangon United di pusingan kalah mati Piala Konfederasi Asia (AFC) 2020, bulan depan.

Pasukan brunei itu memerlukan khidmat bekas penyerang DPMM FC Rodrigo Tosi, Marcelo Carvalho De Souza, Prince Yamoah Boafo dan Tekson Tubeng.

Togi mempunyai reputasi sebagai penyerang berbisa dalam Liga Singapura untuk DPMM FC. Dia juga menyarung jersi Tampines Rovers selepas kembali semula ke Singapura pada tahun 2015.

Pemain asal Curitiba, yang dikenali kelab terakhirnya Limerick dalam Liga Ireland, mencatatkan 58 gol untuk DPMM FC dalam 97 penampilan dalam kedua-dua musim.

Dia merupakan penjaring terbanyak liga untuk pasukan Brunei dengan menamatkan liga di tempat kedua pada tahun 2014 apabila dia berjaya menjaringkan 24 gol.

Pasukan Indera SC ketika sesi bergambar ramai. – Gambar oleh Indera SC

Indera SC merupakan satu-satunya kelab tempatan yang memperoleh lesen di bawah Lesen Kelab AFC dan mempunyai merit, dan juga mengesahkan pelantikan ketua jurulatih baharu Haji Ameer Lani.

Juara Liga Super dua kali meningkatkan persediaan mereka menjelang penyertaan mereka di Asia dengan perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Super Malaysia Sabah FA dan Tangkur FC. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Pengurus Indera SC berkata, “Dengan rasa terima kasih dan kegembiraan, Indera SC akhirnya berjaya mendapatkan lesen Piala AFC 2020 selepas semua kerja keras dan pengorbanan yang dilakukan pasukan pengurusan Indera SC dan semua yang terlibat sejak CLS diperkenalkan pada Oktober 2018.”

Indera SC akan menjadi tuan rumah perlawanan pertama di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 22 Januari manakala perlawanan timbal balik akan diadakan di Kompleks Sukan Yangon United pada 29 Januari.

Pemenang pusingan kalah mati antara Indera SC dan Yangon akan mendapat tempat dalam Kumpulan F bersama Ho Chi Minh City dari Vietnam, Hougang dari Singapura dan dan Lao Toyota dari Laos.