Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    India akan semak semula prosedur operasi sistem peluru berpandu

    NEW DELHI, 15 MAC – India akan menyemak semula prosedur operasi mengenai pengurusan sistem senjata canggihnya selepas insiden peluru berpandu ditembak “secara tidak sengaja” ke Pakistan minggu lepas.

    Menteri Pertahanan, Rajnath Singh ketika di Parlimen berkata sistem peluru berpandu India “boleh dipercayai dan selamat”.

    “Tentera kita berkemahiran tinggi, terlatih, berdisiplin serta berpengalaman dalam mengendalikan sistem berkenaan,” katanya pada Isnin. 

    Minggu lalu, Kementerian Luar Pakistan (MOFA) memanggil kuasa usaha India di Islamabad sebanyak dua kali berhubung insiden yang disifatkan sebagai “pencerobohan tanpa provokasi” di ruang udara negara itu.

    Pakistan menuntut siasatan bersama dibuat berhubung insiden 9 Mac itu dan mempersoalkan keselamatan sistem senjata India. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...