India anjur persidangan keselamatan mengenai Afghanistan

NEW DELHI, 9 NOV – India akan menganjurkan persidangan keselamatan esok untuk membincangkan situasi di Afghanistan berikutan perubahan pentadbiran di Kabul baru-baru ini.

Pegawai keselamatan tertinggi dari Iran, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan akan menghadiri “Dialog Keselamatan Serantau Delhi mengenai Afghanistan” yang akan dipengerusikan oleh penasihat keselamatan India Ajit Doval, menurut kenyataan Kementerian Luar India pada Isnin.

“Ia akan membincangkan langkah-langkah untuk menangani cabaran keselamatan yang berkaitan dan menyokong rakyat Afghanistan dalam mempromosikan keamanan, keselamatan dan kestabilan,” menurut kenyataan itu.

Menurut laporan media, Pakistan dan China turut dijemput menghadiri persidangan itu, namun kedua-dua negara itu dilaporkan tidak akan menghadiri persidangan itu. – Bernama