Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    India, AS meterai perjanjian bersama

    NEW DELHI, 27 OKT – India dan Amerika Syarikat (AS) hari ini menandatangani kesepakatan perkongsian maklumat sensitif menjelang perbincangan antara menteri pertahanan dan menteri luar, menumpukan kepada pengaruh China.

    Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Subrahmanyam Jaishankar serta Menteri Pertahanan, Rajnath Singh.

    Ia dilihat sebagai usaha AS mengekang pengaruh China ketika hubungan negara komunis itu dengan India agak tegang berikutan pertempuran tentera mereka di persempadanan wilayah Himalaya.

    Lawatan Pompeo-Esper ke New Delhi itu adalah sebahagian kempen bersepadu AS untuk menarik India ke dalam perhubungan pertahanan yang lebih kuat. Menurut Jabatan Pertahanan AS, Esper dan Rajnath akan mengukuhkan komitmen ketenteraan menjurus kepada kerjasama ketenteraan yang lebih kuat.

    Jaishankar, dalam ciapan di Twitter, berkata pertemuan dengan Pompeo menunjukkan kerjasama antara kedua-dua negara kini lebih baik.

    Kedua-dua pemimpin turut mengesahkan perjanjian perkongsian maklumat dan data ketenteraan dimeterai dalam pertemuan itu. Perjanjian Pertukaran dan Kerjasama Asas itu membolehkan AS berkongsi maklumat rahsia satelit dan data yang akan membantu India menyasarkan peluru berpandu serta menempatkan tentera. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda