NEW DELHI, 17 Sept – India akan menghasilkan hampir 100,000 buah bas dan beca auto berkuasa bateri dalam beberapa minggu akan datang, menandakan penjualan kenderaan baru semua elektrik menjelang 2030.
India, salah satu negara yang paling tercemar di dunia mempunyai rancangan untuk mengurangkan ketagihan bahan api fosil.
Penganalisis berkata sasaran itu ‘menggentarkan’.
Pengangkutan merupakan sumber utama emisi karbon dan kumpulan Greenpeace menyalahkan pencemaran telah mengakibatkan kematian kira-kira 1.2 juta setahun.
Menghindari diesel dan petrol akan meningkatkan kesihatan negara dan mengukuhkan bidaan India untuk memenuhi sasaran perubahan iklim yang dijaminnya di Paris pada 2015.

India bukan saja sendirian dalam mengehendaki semua kereta elektrik, walaupun ia berhasrat untuk bergerak lebih pantas daripada negara-negara lain.
Britain dan Perancis telah berkata mereka ingin menamatkan penjualan kereta bahan api fosil menjelang 2040.
Namun model-model kereta elektrik dan hibrid terdiri hanya tiga peratus daripada semua kereta di jalan raya di seluruh dunia, kata firma konsultasi berpangkalan di London, PwC. – AFP