Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    India bakal maju dalam tempoh 25 tahun

    NEW DELHI, 15 OGOS – Perdana Menteri India Narendra Modi hari ini berkata India menyasarkan untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 25 tahun akan datang.

    Modi menyampaikan ucapan tersebut sempena Hari Kemerdekaan, serta menyeru para belia untuk terus berusaha mencapai matlamat negara yang luhur.

    “Kita mesti menjadikan India sebagai negara maju dalam tempoh 25 tahun akan datang,” katanya.

    Perdana menteri itu berkata India akan menjadi pusat pembangunan ‘berpaksikan manusia’ berdasarkan harapan dan aspirasi rakyat.

    Modi menegaskan negara yang mempunyai lebih 1.3 bilion penduduk itu perlu mengurangkan kebergantungan kepada negara lain untuk memperoleh bekalan tenaga dan perkilangan sendiri.

    Selain daripada mencapai status negara maju, Modi turut berikrar untuk tempoh 25 tahun akan datang, sempena ulang tahun ke-100 Kemerdekaan India daripada Britain, negara itu akan menyingkirkan ‘sebarang kesan pemikiran penjajah’.

    Pada masa ini India adalah sebuah negara berpendapatan rendah, dengan pendapatan per kapita sebanyak AS$2,277 pada 2021, menurut Bank Dunia. – Bernama

    Aktivis melaungkan slogan pro-India semasa meraikan Hari Kemerdekaan India ke-75 tahun di Srinagar pada 15 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...