India berdepan kekurangan vaksin

NEW DELHI, 9 APRIL – India merekodkan sebanyak 131,968 kes COVID-19 dalam sehari, menyaksikan kebanyakan negeri terpaksa mengambil langkah pencegahan lebih ketat untuk membendung penularan jangkitan.

Angka korban dalam tempoh 24 jam lalu ialah seramai 780 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada hari ini.

Gujarat, Uttar Pradesh, Maharashtra dan New Delhi telah menghentikan semua aktiviti awam. Kekurangan vaksin juga dilaporkan di beberapa kawasan.

Puluhan pusat vaksinasi COVID-19 di Mumbai ditutup sementara pada hari ini disebabkan kekurangan dos.

Hospital di Mumbai antara pusat rawatan yang paling banyak mengendalikan kes COVID-19. – Bernama

Penduduk berbaris menunggu untuk ujian COVID-19 di Prayagraj, India pada 8 April 2021. – AP