India beri amaran kuarantin mandatori bagi warga Britain

NEW DELHI, 21 SEPT – New Delhi hari ini memberi amaran kepada United Kingdom (UK) bahawa warganya berdepan langkah balas atas peraturan baharu COVID-19 London yang ‘mendiskriminasi,’ mengehendaki pengembara dari India dikuarantin meskipun mereka sudah pun menerima vaksin lengkap.

England dan Scotland akan melonggarkan sekatan pandemik bermula awal Oktober ini, namun senarai negara-negara yang mempunyai vaksinasi diluluskan tidak termasuk India, meskipun negara itu menggunakan versi AstraZeneca buatan tempatan yang dicipta di Britain.

“Isu fundamental di sini adalah vaksin – Covishield – yang merupakan produk berlesen syarikat UK dikilangkan di India yang kami bekalkan sebanyak lima juta dos kepada UK atas permintaan kerajaan,” menteri luar Harsh Vardhan Shringla memberitahu wartawan di New Delhi.

Menggelar Covishield tidak diiktiraf adalah ‘satu dasar mendiskriminasi,’ katanya, menekankan rundingan sedang berlangsung dengan Britain mengenai keperluan baharu itu.

“Namun jika kami tidak berpuas hati, kami akan menggunakan hak kami untuk melaksanakan langkah-langkah balasan,” tambahnya. – AFP

Gambar fail menunjukkan pekerja melakukan kerja-kerja pembungkusan vaksin Covishield versi AstraZeneca di Institut Serum India di Pune, India. India memberi amaran diskriminasi dikenakan UK ke atas warganya yang lengkap divaksinasi ketika ia memulakan semula import vaksin Covishield. –AP