Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    India berjaya lancar satelit navigasi NVS-01

    ANKARA, 29 MEI – India hari ini berjaya melancarkan misi satelit navigasi GSLV-F12/NVS-01 ke orbit, umum agensi angkasa lepas negara itu, lapor agensi Anadolu.

    Menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India, pelancaran misi itu berlangsung dari selatan India pada pukul 10:42 pagi waktu tempatan (0512GMT).

    “Misi GSLV-F12/NVS-O1 tercapai. Selepas penerbangan kira-kira 19 minit, satelit NVS-O1 masuk ke Geosynchronous Transfer Orbit,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

    Terdahulu, agensi itu memaklumkan bahawa kenderaan pelancar itu direka untuk membawa satelit navigasi NVS-01, seberat kira-kira 2,232 kilogram (4,920 paun).

    “NVS-01 ialah satelit generasi kedua untuk menjalankan navigasi bersama dengan perkhidmatan Indian Constellation (NavIC). Siri satelit NVS akan mengekalkan dan menambah NavIC dengan ciri yang dipertingkatkan,” menurut kenyataan agensi itu pada minggu lalu.

    Buat kali pertama, ‘indigenous atomic clock akan diterbangkan dalam NVS-01.01’.

    NavIC ialah sistem navigasi satelit serantau India dan kawasan liputannya termasuk India dan sehingga 1,500 kilometer melangkaui sempadan India. – Bernama

    NVS-01 dilancarkan di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Geosynchronous dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota, negeri Andhra Pradesh, India, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...