Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    India bimbang dilanda satu lagi krisis COVID-19

    NEW DELHI, 7 JAN – India bersedia untuk menghadapi lonjakan kes COVID-19, dengan pihak berkuasa dari beberapa buah bandar raya mega melaksanakan sekatan bagi membendung penularan jangkitan.

    Jumlah kes masih belum menyaingi angka tinggi pada musim luruh lalu, dengan ribuan kematian setiap hari dan bandar suci penganut Hindu, Varanasi mengekalkan pembakaran pengebumian besar-besaran bagi mangsa virus.

    Tetapi jangkitan harian meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh dua hari minggu ini kepada lebih 90,000, peningkatan yang dipacu oleh varian mudah berjangkit Omicron dan beberapa pakar risau ia mungkin sekali lagi menyaksikan hospital-hospital kembali dibebani di negara itu.

    Sekatan pergerakan tengah malam yang dilaksanakan di kawasan Delhi termasuk di ibu kota, di mana sekatan pergerakan hujung minggu akan bermula pada malam Jumaat, dengan pekerja kurang penting diminta untuk berada di rumah.

    Hab teknologi, Banglaore turut mengisytiharkan sekatan pergerakan hujung minggu, sementara pusat kewangan, Mumbai melaksanakan sekatan pergerakan tengah malam.

    “Ini berpotensi memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan kepada paras yang boleh dibandingkan atau lebih teruk daripada gelombang kedua,” kata Gautam Menon, seorang profesor di Universiti Ashoka yang bertugas bagi model jangkitan COVID-19, kepada AFP.

    Doktor dan jururawat yang bercakap kepada AFP setakat ini merasa optimis, dengan hanya segelintir kes parah di kalangan pesakit dimasukkan ke hospital – dan kelebihan mempelajari daripada pengalaman sebelum ini. – AFP

    Petugas kesihatan membuat ujian saringan ke atas penumpang di stesen kereta api di Mumbai. India bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 dengan pihak berkuasa melaksanakan sekatan di beberapa buah bandar raya mega. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...