India bina terowong Kashmir-Ladakh

SONAMARG, INDIA, 30 SEPT – Di banjaran gunung Himalaya di kawasan Kashmir yang dikawal India, ratusan pekerja sedang menjalankan projek menggerudi terowong dan membina jambatan untuk menghubungkan Lembah Kashmir dengan Ladakh, rantau padang pasir sejuk yang terpencil selama setengah tahun disebabkan salji yang turun dengan lebat.

Ladakh berkongsi sempadan de facto dengan Pakistan dan China dan kini bergantung pada bekalan air selama enam bulan dalam setahun.

Pegawai berkata terowong sepanjang 6.5 kilometer itu, yang pertama daripada empat terowong, telahpun siap dan akan menjadikan bandar peranginan Sonamarg dapat diakses semasa bulan-bulan sejuk untuk kali pertama. Sonamarg menandakan berakhirnya gunung sebelum Ladakh bermula di genting pergunungan Zojila.

Projek terowong terakhir yang bernilai AS$932 juta, kira-kira 14 kilometer panjang, akan memintas genting Zojila dan menghubungkan Sonamarg dengan Ladakh. Pegawai berkata ia akan menjadi terowong terpanjang dan tertinggi India pada 3,485 meter.

“Ia bukan kerja-kerja pembinaan biasa. Ia adalah satu pembelajaran,” kata salah seorang pekerja, Tariq Ahmed Lone, ketika dia membantu di kerja-kerja di mesin penggerudian.

Perancang tentera India menganggap projek terowong amat penting untuk Ladakh. Menurut pakar, ia akan menyediakan kefleksibelan logistik kepada tentera dan memberikannya mobiliti operasi dan strategik.

Terowong Zojila dijangka beroperasi pada 2026, tetapi menteri pengangkutan dan lebuh raya India, Nitin Gadkari berkata ketika beliau melawat ke tapak projek tersebut pada Selasa bahawa beliau berharap kerja-kerja akan selesai sebelum pilihan raya umum diadakan pada 2024. – AP

Kenderaan melalui Genting Zojila di timur laut Srinagar, Kashmir yang dikawal India pada 27 September 2021. – AP