Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    India, Britain bincang tentang perdagangan bebas

    NEW DELHI, 13 JAN – India dan Britain telah melancarkan rundingan untuk meneruskan perjanjian perdagangan bebas yang dijangka meningkatkan perdagangan dua hala bernilai bilion dolar dalam salah satu rundingan paling bercita-cita tinggi yang akan dilakukan selepas Brexit.

    Setiausaha perdagangan antarabangsa Britain, Anne-Marie Trevelyan di New Delhi dan akan bertemu dengan Piyush Goyal, menteri perdagangan dan industri, hal ehwal pengguna dan pengagihan awam serta tekstil India. Rundingan sebenar bermula minggu depan, kata pegawai.

    Kedua-dua pihak berharap perjanjian itu akan mencetuskan faedah besar untuk beberapa industri, daripada makanan dan minuman kepada teknologi boleh diperbaharui termaju.

    Perjanjian itu berpotensi menggandakan eksport UK ke India dan meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak AS$38 bilion setahun menjelang 2035, kata satu kenyataan kerajaan Britain.

    “Perjanjian dengan India adalah peluang keemasan untuk meletakkan perniagaan UK di hadapan barisan apabila ekonomi India terus berkembang pesat,” kata Trevalyan, sambil menambah bahawa Britain berminat untuk memanfaatkan kelas menengah yang semakin berkembang dalam ekonomi ketiga terbesar di Asia.

    Lawatan beliau menandakan usaha dari Britain, selepas meninggalkan Kesatuan Eropah pada 2016, untuk memfokuskan dasar perdagangannya di rantau Indo-Pasifik. India, yang pernah menjadi tanah jajahan British, dilihat sebagai lokasi yang menguntungkan memandangkan ketidakpastian mengenai hubungan China.

    Pelaburan daripada syarikat India sudah menyokong 95,000 pekerjaan di seluruh UK, menurut kenyataan tersebut.

    Britain sedang mencari perjanjian yang mengurangkan halangan untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan, termasuk mengurangkan tarif ke atas eksport kereta buatan Britain dan minuman keras berjenama Scotch. – AP

    Anne-Marie Trevelyan semasa bercakap dalam persidangan parti konservatif di Manchester, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...