India buat kali pertama rekod wanita lebih ramai daripada lelaki

NEW DELHI, 25 NOV – India buat kali pertamanya merekodkan jumlah wanita yang lebih ramai berbanding lelaki, menurut data yang dikeluarkan kerajaan, menekankan bahawa kadar kelahiran semakin perlahan di negara kedua paling padat penduduk di dunia itu.

Ibu bapa di India sudah lama memilih anak lelaki berbanding perempuan, yang sering dianggap bebanan dan menelan belanja yang besar kerana tradisi mahar perkahwinan.

Pengguguran berasaskan jantina sudah pun diharamkan di India namun ia tetap diamalkan dan data populasi kebangsaan secara konsistennya merekodkan perkadaran tinggi lelaki berbanding wanita, di dunia.

Namun Banci Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan terkini dikeluarkan kementerian kesihatan kelmarin merekodkan 1,020 wanita berbanding 1,000 lelaki selepas dua tahun banci dijalankan.

Ia merupakan kali pertama banci penduduk menunjukkan wanita lebih ramai berbanding lelaki di India, selain banci pertama kebangsaan dalam 1876.

“Perkembangan dalam kadar jantina keseluruhan adalah positif dan satu langkah betul, namun masih banyak yang perlu dilakukan ke arah persamaan jantina,” saintis kesihatan Population Foundation of India (PFI), Sanghamitra Singh memberitahu AFP. – AFP