Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    India cari jalan bagi bekalan senjata

    NEW DELHI, 14 MAC – India mencari jalan untuk mengelak gangguan besar dalam bekalan senjata buatan Rusia di tengah-tengah sekatan Amerika Syarikat (AS) berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine, dan Perdana Menteri, Narendra Modi dalam keadaan berhati-hati menjadikannya lebih sukar disebabkan oleh perbalahan sempadan berlarutan dengan China.

    Pakar mengatakan 60 peratus daripada peralatan pertahanan India datang dari Rusia, dan New Delhi mendapati kedudukan mereka kadang kala terikat apabila ia berdepan dengan perbalahan selama dua tahun bersama China di bahagian timur Ladakh mengenai pertelingkahan wilayah, dengan puluhan ribu tentera berada dalam jarak dekat. Seramai 20 tentera India dan empat tentera China terbunuh dalam pertempuran pada 2020.

    “Keadaan buruk buat India ialah sekiranya AS kesimpulan bahawa ia berdepan dengan ancaman besar daripada Rusia dan ini memberikan justifikasi kedudukan strategik bersama China. Dalam kata lain, mengaku kalah terhadap dominasi China di Asia sementara menjaga bahagian Eropahnya,” kata Shyam Saran, bekas setiausaha luar India, menulis menerusi perkongsian blog.

    Adakah China, mengambil iktibar daripada pengajaran di Ukraine, menjadi agresif dalam perbalahan di timur Ladakh atau di Taiwan?

    “Ia berkemungkinan besar melakukannya,” kata Jitendra Nath Misra, pesara diplomat. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...