India catat 6,148 kematian, tertinggi dalam 24 jam

NEW DELHI, 10 JUN – India melaporkan 6,148 kematian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu,  jumlah harian tertinggi menjadikan korban keseluruhan setakat ini seramai 359,676 orang, lapor Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan Persekutuan hari ini.

Sementara itu, 94,052 kes baharu dilaporkan, menyaksikan jangkitan harian di bawah 100,000 untuk hari ketiga berturut-turut. Keseluruhan kes berjumlah 29,183,121.

Masih terdapat 1,167,952 kes aktif, mencatat penurunan sebanyak 63,463 sejak Rabu.

Setakat ini, 27,655,493 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar hospital. – Bernama