India catat 67,000 kes baharu

NEW DELHI, 26 OGOS – India telah melaporkan lebih daripada 67,000 kes COVID-19 baharu dalam 24 jam terakhir, jumlah jangkitan yang meningkat dilaporkan di negara itu kepada 3.2 juta dengan 1.5 juta jangkitan dilaporkan hanya berlaku pada bulan ini.

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 1,059 kematian dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kepada 59,449.

India telah mencatatkan lebih dari 60,000 jangkitan baharu setiap hari selama dua minggu terakhir. – AFP