India catat kes harian terendah

NEW DELHI, 17 OGOS – Kes COVID-19 di India hari ini berjumlah 32,250,679 berikutan 25,166 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam, lapor Xinhua

Menurut data terbaharu kementerian kesihatan persekutuan, ia peningkatan harian terendah dalam tempoh 154 hari.

Selain itu, 437 kematian dicatatkan sejak pagi Isnin menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 432,079 orang. 

Masih terdapat 369,846 kes aktif di negara ini, penurunan 12,101 kes.  – Bernama