India catat kes jangkitan ke-6 juta

NEW DELHI, 28 SEPT – India melaporkan kes koronavirus 6 jutanya hari ini ketika ia mula mendekati bilangan jangkitan Amerika Syarikat (AS) dengan pihak berkuasa terus mendesak pembukaan ekonomi.

Negara yang mempunyai penduduk 1.3 bilion itu dengan bandar-bandar yang padat dan sistem penjagaan kesihatan lemah, telah melaporkan sekitar 90,000 kes baharu harian – tertinggi di dunia.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan kes sebanyak 82,000 hari ini, membawa jumlahnya 6.1 juta dan menghampiri AS, yang merekodkan 7.1 juta jangkitan. India boleh mengatasi AS dalam masa beberapa minggu ini.

India mempunyai kadar kematian yang rendah daripada negara-negara yang teruk dilanda dengan 100,000 korban jiwa setakat ini – kurang daripada separuh jumlah yang dicatatkan oleh AS iaitu 205,000, yang secara kasarnya suku daripada penduduk. Sementara itu Brazil mencatatkan 140,000 kematian.

Perdana Menteri Narendra Modi telah menyeru orang ramai untuk memakai pelindung wajah ketika mereka berada di luar rumah mereka.

“Peraturan itu adalah senjata dalam memerangi virus. Ia adalah alat paling ampuh untuk menyelamatkan nyawa setiap penduduk,” kata Modi dalam ucapan di radio, kelmarin.

Virus itu pada awalnya melanda bandar-bandar besar termasuk hab kewangan Mumbai dan bandar New Delhi, namun sejak itu merebak ke kawasan serantau dan luar bandar di mana sistem penjagaan kesihatan lebih teruk dan rapuh. – AFP

Kakitangan perubatan mengambil sampel swab bagi ujian koronavirus daripada pekerja IARI di New Delhi pada 28 September. – AFP