India catat kes jangkitan paling tinggi

NEW DELHI, 20 APRIL – India merekodkan peningkatan sehari tunggal paling tinggi dalam kes koronavirus hari ini ketika kerajaan melonggarkan salah satu perintah berkurung paling ketat di dunia untuk membolehkan aktiviti pertanian dan pengilangan beroperasi semula.

Tambahan sebanyak 1,553 kes telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam, meningkatkan jumlah keseluruhan itu lebih 17,000. Dengan 543 kematian akibat COVID-19, penyakit pernafasan berpunca daripada virus itu, epidemiologi meramalkan kemuncak itu tidak akan sampai sebelum Jun. – AP