NEW DELHI, 19 MEI – India melaporkan kes kematian harian COVID-19 tertinggi hari ini, kata Kementerian Kesihatan negara itu.
Dengan 4,529 kematian baharu, jumlah korban di seluruh negara telah mencecah 283,248, lapor Agensi Anadolu.
Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) berkata seramai 2,008,296 penduduk menjalani saringan kelmarin. Setakat ini, lebih 320 juta sampel telah diuji untuk COVID-19. – Bernama