India catat peningkatan virus

NEW DELHI, 5 JULAI – India telah melaporkan satu lagi catatan peningkatan kes koronavirus dalam tempoh 24 jam ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran ter-hadap rancangan negara itu untuk mengeluarkan vaksin pada bulan Ogos.

Kementerian Kesihatan menambah 24,850 kes telah disahkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara kepada 673,165, menjadikan India sebagai negara keempat paling teruk di dunia selepas Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia.

Angka kematian di India pula meningkat kepada 19,268.

Majlis Penyelidikan Peru-batan India, agensi yang memimpin tindak balas COVID-19 negara itu, mengatakan minggu lalu bahawa ia telah menetapkan 15 Ogos – hari kemerdekaan India – sebagai sasaran untuk mengembangkan vaksin koronavirus. – AP