India, China adakan rundingan perdamaian

SRINAGAR, INDIA, 1 SEPT – Komandan tentera India dan China mengadakan rundingan untuk hari kedua hari ini berikutan peningkatan ketegangan baharu di sepanjang perbatasan mereka di wilayah Ladakh.

Kedua-dua negara besar di Asia itu menuduh pihak lain melakukan provokasi baharu, termasuk tuduhan tentera melintasi wilayah masing-masing, berbulan-bulan selepas insiden pertembungan berdarah yang berlaku di kedua-dua sempadan negara itu. – AP