India dilanda serangan belalang juta

NEW DELHI, 27 MEI – Kumpulan besar belalang juta sedang memusnahkan tanaman di kawasan barat dan tengah India, mendorong pihak berkuasa semalam mempertingkat respons me-reka terhadap serangan paling teruk negara dalam hampir tiga dekad.

Dron, traktor dan kereta telah dihantar untuk menjejaki serangga perosak dan menyembur mereka dengan racun perosak. Belalang juta telah pun memusnahkan hampir 50,000 hektar tanah tanaman.

“Lapan hingga 10 kumpulan, setiap satu berukuran satu kilometer persegi adalah aktif di sebahagian kawasan Rajasthan dan Madhya Pradesh,” beritahu penolong pengarah Persatuan Amaran Belalang Juta, K.L. Gurjar kepada AFP.

Serangga itu mengakibatkan kerosakan besar kepada tanaman bermusim di kedua-dua negeri, mengejutkan kebanyakan petani yang telah pun bergelut dengan impak lockdown koronavirus yang ketat.

Haiwan itu memusnahkan hasil tanaman di pusat perladangan di Pakistan pada April, sebelum memasuki Rajasthan. – AFP

Seorang penduduk cuba menghalau sekumpulan belalang juta dari sebatang pokok mangga di kawasan perumahan Jaipur di negeri Rajasthan, India. – AFP