Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    India ganti bendera tentera laut

    NEW DELHI, 31 OGOS – India akan menggunakan bendera tentera laut yang baharu bagi menggantikan simbol penjajah British untuk menandakan perasmian kapal pengangkut pesawat buatan tempatan pertama negara itu, menurut pejabat Perdana Menteri Narendra Modi.

    Bendera yang digunakan ketika ini mempunyai salib Saint George, bendera kebangsaan England dan warisan dari sembilan dekad India di bawah naungan, yang berakhir dengan kemerdekaan pada 1947.

    Modi akan memperkenalkan rekaan bendera baharu pada Jumaat di negeri selatan Kerala semasa perasmian Vikrant, yang menurut pejabat beliau sebagai ‘langkah signifikan’ bagi tentera.

    “Semasa acara itu, perdana menteri akan memperkenalkan bendera baharu tentera laut, menggantikan bendera penjajah lampau dan diterapkan dengan warisan maritim India yang kaya,” menurut pejabat perdana menteri kelmarin dalam satu kenyataan.

    Salib Saint George telah digunakan pada bendera tentera laut sejak 1928, kecuali antara 2001 dan 2004, apabila kerajaan kebangsaan Hindu pada ketika itu menggantikannya dengan panji-panji tentera laut India berwarna biru.

    Ia kemudian diperkenalkan semula selepas aduan daripada tentera laut bahawa panji-panji itu tidak mudah dilihat disebabkan warna langit dan lautan, menurut laporan media tempatan.

    Vikrant akan mula digunakan bersama kapal pengangkutan pesawat yang lebih kecil dibeli dari Rusia, yang merupakan pembekal senjata utama ke New Delhi.

    Kerajaan Narendra Modi cuba mengurangkan ke kebergantungan pembelian kelengkapan tentera dari negara luar dan membina industri perkakas pertahanan domestik. – AFP

    Gambar bertarikh 11 Julai 2005 menunjukkan kelasi mengibarkan bendera tentera laut. India akan menggunakan bendera tentera laut yang baharu bagi menggantikan simbol penjajah British.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...