NEW DELHI, 21 DIS – India berkata hari ini ia sedang menyertai negara lain dalam menggantung sementara semua penerbangan dari Britain selepas kemunculan jaringan koronavirus baharu dan lebih mudah berjangkit di sana.
“Memandangkan situasi yang berlaku di UK sekarang, kerajaan India telah memutuskan semua penerbangan dari UK ke India akan digantung sehingga 31 Disember 2020,” kata kementerian penerbangan di Twitter.
Ia berkata penggantungan akan berkuat kuasa bermula 11:59 malam esok.
Ia menambah sebagai ‘langkah berjaga-jaga,’ penumpang yang tiba dari Britain dalam penerbangan transit akan tertakluk kepada ujian mandatori RT-PCR semasa tiba.
Britain menjadi tempat tinggal kepada ramai rakyat India dan terdapat beberapa penerbangan sehari yang membawa ratusan penduduk di antara London dan New Delhi dan London dan Mumbai. – AFP






























