India guna rangkaian telefon basmi koronavirus

NEW DELHI, 9 MAC – India kini menggunakan rangkaian telefon mudah alih besarnya untuk menyebarkan mesej kesedaran koronavirus, memulakannya dengan bunyi batuk, bagaimana melindungi diri daripada wabak, kata pegawai hari ini.

India, negara kedua paling padat penduduk dunia dengan 1.3 bilion orang, mempunyai 1.1 bilion kesalinghubungan telefon mudah alih. Negara besar Asia Selatan itu setakat ini melaporkan 43 kes positif virus mudah berjangkit itu.

Operator telekomunikasi diarahkan untuk memainkan mesej diluluskan kementerian kesihatan bermula Ahad, yang menitipkan nasihat mengenai bagaimana mereka boleh membantu menghalang penularan virus itu.

Mesej bermula dengan bunyi batuk, diikuti mesej dalam bahasa Hindi atau Inggeris mengenai melindungi wajah dengan sapu tangan atau tisu ketika batuk atau bersin dan kerap mencuci tangan serta mengelak menyentuh wajah, mata atau hidung.

Ia juga dimasukkan dengan nombor talian bantuan untuk maklumat lanjut.

Pengarah am Persatuan Operator Telefon Mudah Alih India, Rajan S. Mathews mengatakan rangkaian mudah alih berupaya memberikan liputan terbesar di India, termasuk di kawasan pedalaman yang kekurangan komunikasi dan rang-
kaian media. – AFP