India import 327,936 tan sawit Malaysia

NEW DELHI, 16 NOV – India mengimport 327,936 tan minyak sawit dari Malaysia pada Oktober 2021, iaitu kira-kira 30 peratus daripada jumlah import minyak sayuran nya pada bulan itu.

Jumlah itu meliputi 314,950 tan minyak sawit mentah (MSM), 6,999 tan oleinsawit bertapis, diluntur dan dinyah bau (RBD) serta 5,987 tan minyak isi rung sawit mentah, menurut data daripada Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) yang dikeluarkan pada Selasa.

Import minyak yang boleh dimakan India secara keseluruhan pada bulan itu adalah lebih satu juta tan berbanding hampir 1.7 juta tan pada September.

Bekalan minyak sawit pula sebanyak 693,319 tan dalam import bulan lepas, dengan pembekalnya adalah Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Import minyak sayuran negara itu pada Oktober bernilai US$1.6 bilion, 60 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada 2020, menurut data perdagangan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan pada Isnin. – Bernama