India: Kes jangkitan, kematian COVID-19 catat rekod

NEW DELHI, 6 MEI – India menyaksikan lonjakan baharu dalam kes COVID-19 dan jumlah kematian hari ini, membantutkan harapan sementara yang peningkatan bencana itu akan berkurangan.

Jumlah Kementerian Kesihatan menunjukkan 3,980 kematian dalam tempoh 24 jam, membawa keseluruhannya kepada 230,168 manakala 412,262 kes baharu, membawa jumlah kumulatifnya sejak pandemik bermula kepada 21.1 juta.

Ramai pakar mengesyaki bahawa pengujian tahap rendah dan penyimpanan rekod kurang memuaskan telah menyebabkan banyak kematian – krematorium pula melebihi kapasitinya di mana-mana tempat – jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Peningkatan itu disusuli beberapa hari jumlah kes berkurangan yang telah meningkatkan harapan kerajaan bahawa pertambahan virus itu mungkin sudah mulai berkurangan.

Mencecah rekod tertinggi 402,000 pada Jumaat lalu, jumlah kes harian berkurang kepada serendah 357,000 sebelum meningkat semula pada Selasa.

Pegawai kanan di Kementerian Kesihatan, Lav Aggarwal memberitahu para wartawan pada Isnin bahawa adanya ‘signal pergerakan sebelumnya dalam arah yang positif’.

Peningkatan pesat dalam kes itu sejak Mac lalu telah membebani banyak hospital di mana-mana yang berdepan kekurangan katil, ubat dan oksigen.

Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi telah menentang mengenakan sekatan pergerakan baharu meskipun beberapa rantau termasuk bandar New Delhi, Bihar dan Maharashtra telah mengenakan perintah berkurung tempatan.

Sehingga kini kawasan-kawasan paling teruk terjejas adalah di Delhi dan Maharashtra namun negeri lain termasuk Bengal Barat, Kerala dan Karnataka kini turut melaporkan peningkatan jangkitan yang mendadak. – AFP