Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    India ketatkan eksport tepung

    NEW DELHI, 7 JULAI – India akan mengenakan sekatan ke atas eksport tepung dalam langkah baharu untuk melindungi pasaran tempatan daripada krisis gandum global.

    Eksport biji-bijian gandum telah dikurangkan pada Mei untuk mendukung simpanan makanan negara itu susulan kekurangan global dan kenaikan harga yang dicetuskan oleh serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Direktorat Am Perdagangan Asing telah mengatakan pengeksport-pengeksport tepung perlu mendapatkan persetujuan kerajaan untuk mengekalkan kualiti dan menstabilkan harga tempatan.

    “Gangguan bekalan global dalam gandum dan tepung gandum telah mewujudkan ramai ‘pemain’ baharu dan telah mendorong turun naik harga dan isu-isu berkaitan potensi kualiti,” kata pengawal atur dalam makluman yang dikeluarkan, kelmarin.

    “Oleh itu, ia adalah sangat mustahak untuk mengekalkan kualiti eksport tepung gandum dari India.”

    India menegah semua eksport tepung gandum tanpa persetujuan kerajaan pada Mei, mencetuskan peningkatan rekod dalam harga global dan kecaman daripada negara lain. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...