India lancar dua peluru berpandu

NEW DELHI, 23 FEB – Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan India (DRDO) berjaya melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat (VL-SRSAM), kata pegawai hari ini.

Menurut agensi berita Xinhua, pelancaran itu dibuat kelmarin dari pelancar menegak statik dari kawasan ujian bersepadu (ITR) pantai Chandipur di daerah Balasore, kira-kira 208km timur laut Bhubaneswar, ibu kota Odisha.

Menurut kementerian pertahanan, peluru berpandu itu direka dan dibangunkan oleh DRDO untuk tentera laut India.

Pegawai menyatakan pelancaran itu dipantau oleh saintis kanan dari pelbagai makmal DRDO yang terlibat dalam reka bentuk dan pembangunan sistem.

Menurut kementerian ujian itu membuktikan keberkesanan sistem senjata dan beberapa ujian lagi akan dibuat dalam masa terdekat sebelum ditempatkan di kapal tentera laut India. – Bernama