Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    India lancar kapal pengangkut pesawat tempatan

    NEW DELHI, 2 SEPT – India melancarkan kapal pengangkut pesawat buatan sendiri yang pertama hari ini dalam usahanya menyaingi armada rakan serantau, China yang jauh lebih besar dan berkembang, serta meluaskan keupayaan pembinaan kapalnya sendiri.

    Pengangkut pesawat itu diberi nama INS Vikrant, daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud ‘berkuasa’ atau ‘berani’. Ia merupakan kapal peng- angkut pesawat operasi kedua India selepas INS Vikramaditya era Soviet yang dibeli dari Rusia pada tahun 2004 dalam usaha mempertahan kedaulatan Lautan Hindi dan Teluk Benggala.

    Kapal pengangkut berukuran 262 meter itu direka khas oleh tentera laut India. Pembinaannya bermula pada 2009 dan projek itu menelan belanja kira-kira AS$2.4 bilion.

    Perasmian pengangkut kapal yang dibina oleh Cochin Shipyard Limited (CSL), dilancarkan oleh Perdana Menteri Narendra Modi sebagai sebahagian daripada peringatan 75 tahun kemerdekaan negara itu daripada pemerintahan British.

    “Ia adalah hari bersejarah dan pencapaian penting,” kata Modi. “Ia adalah contoh teras kerajaan untuk menjadikan sektor pertahanan India kukuh tanpa bantuan luar.

    “Hari ini, India telah menyertai negara-negara lain di dunia, dan menghasilkan kapal pengangkut pesawat mega menggunakan teknologi tempatan. Hari ini INS Vikrant telah memberi keyakinan baharu bagi India,” tambahnya.

    Sementara itu, menurut kenyataan tentera laut, kapal pengangkut itu adalah kapal perang terbesar yang dibina di India serta mampu membawa kira-kira 1,600 anak kapal dan mengendalikan 30 pesawat armada termasuk jet pejuang dan helikopter.

    Kapal perang seberat 47,400 tan itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun 2023 selepas pertama kali menjalani ujian pendaratan dengan pesawat pejuang MiG-29K buatan India. Armada India kini mempunyai dua kapal pengangkut pesawat, 10 kapal pemusnah, 12 kapal perang dan 20 kapal korvet, menurut data tentera laut. – AP/Bernama

    INS Vikrant, kapal pengangkut pesawat buatan pertama India, berlayar untuk ujian laut dari Kochi, India. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...