NEW DELHI, 11 JULAI – India melaporkan 16,678 kes di tengah-tengah kebimbangan subvarian baharu COVID, menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 43,639,329, menurut data yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan persekutuan negara itu pada Isnin.
Sementara itu, bilangan kes aktif di negara itu meningkat kepada 130,713 setakat ini, lapor Xinhua.
Menurut kementerian itu, 26 kematian baharu akibat COVID direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 525,454.
Pegawai kesihatan memberi amaran bahawa subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin pencetus lonjakan jangkitan COVID di negara itu. – Bernama