Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    India lapor 27,553 kes COVID-19

    NEW DELHI, 2 JAN – Jumlah kes COVID-19 India meningkat kepada 34,889,132 hari ini, apabila 27,553 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, memetik data terkini kementerian kesihatan negara itu.

    Selain itu, 284 kematian akibat pandemik yang dilaporkan sejak pagi Sabtu menambah kepada jumlah kematian yang angkanya kini 481,770, menurut Xinhua.

    Masih terdapat 122,801 kes aktif COVID-19 di negara itu, berikutan peningkatan sebanyak 18,020 kes aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu, iaitu hari kelima berturut-turut jumlah kes aktif meningkat di negara ini.

    Sebanyak 34,284,561 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 9,249 orang daripadanya dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Sementara itu, data juga menunjukkan jumlah kes Omicron di negara itu mencecah 1,525, dengan Maharashtra dan Delhi masing-masing melaporkan 460 dan 351 kes. Sehingga kini, 560 pesakit Omicron telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah. – Bernama

    Kakitangan kesihatan membuat ujian saringan ke atas penduduk yang beratur di luar stesen metro di New Delhi. India mencatatkan 27,553 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...