Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    India lapor 306,064 kes COVID-19

    NEW DELHI, 24 JAN – Jumlah jangkitan kes COVID-19 di India meningkat kepada 39,543,328 hari ini, dengan 306,064 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan.

    India merekodkan kes melebihi 300,000 untuk lima hari berturut-turut sejak lapan bulan yang lalu, lapor Xinhua.

    Sementara itu, sebanyak 439 kematian direkodkan sejak kelmarin menjadikan jumlah korban akibat wabak berkenaan kini mencecah 489,848.

    Sebanyak 2,249,335 kes aktif COVID-19 dicatatkan negara itu dengan peningkatan sebanyak 62,130 kes sejak 24 jam lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...