India lapor 55,000 lagi kes baharu COVID-19

NEW DELHI, 2 OGOS – India melaporkan hampir 55,000 kes koronavirus hari ini dengan Filipina merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi sementara Florida berdepan ribut tropika yang mengancam untuk menghambat usaha pembasmian penyakit.

Kes baharu India sekitar 54,735 adalah kurang sedikit daripada rekod hari sebelumnya 57,118 namun membawa jumlahnya kepada 1.75 juta. Bulan Julai menunjukkan lebih 1.1 juta kes.

Bandar besar New Delhi dan Mumbai mungkin telah melebihi kemuncak mereka, kata pakar kerajaan, Randeep Guleria. Laluan bawah tanah, pawagam dan kemudahan awam lain juga ditutup sehingga 31 Ogos. – AP