NEW DELHI, 6 APRIL – Kes pertama varian koronavirus Omicron XE di India telah dilaporkan di bandar kewangan Mumbai hari ini, kata media tempatan.
Varian baharu itu dipercayai lebih mudah berjangkit daripada varian Omicron yang pertama kali dikesan di Britain.
Ia berkata sekitar 10 peratus lebih berjangkit daripada subvarian Omicron BA.2, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sehingga kini, subvarian Omicron BA.2 dianggap strain paling mudah berjangkit, menurut laporan media. – Xinhua