India lapor lebih 40,000 kes baharu COVID-19

NEW DELHI, 20 JULAI – India melaporkan lebih 40,000 kes baharu koronavirus hari ini, jumlah tertinggi bagi negara itu.

Jumlah kes baharu sekitar 40,425 telah meningkatkan jumlah keseluruhan India kepada 1,118,043, termasuk 27,497 kematian.

Kementerian berkata lewat kelmarin yang kadar korban jiwa koronavirus India – pada masa ini 2.49 peratus – ‘menurun’ disebabkan strategi pembendungan berkesan dan ujian saringan agresif.

Negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk itu telah menjalankan hampir 10,000 ujian bagi sejuta orang. Lebih 300,000 sampel telah diuji setiap hari, berbanding hanya ratusan pada Mac, menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India. – AP