India luluskan vaksin Sputnik V

NEW DELHI, 13 APRIL – India hari ini meluluskan penggunaan vaksin COVID-19, Sputnik V dalam usaha menyokong program inokulasi kebangsaan negara.

Ia berikutan kadar jangkitan wabak itu terus meningkat, kata pembuat ubat-ubatan tempatan terkemuka di negara itu, hari ini. Pengerusi Bersama Dr Reddy’s Laboratories, G V Prasad, berkata pihaknya berbesar hati mendapat kelulusan bagi penggunaan kecemasan vaksin Sputnik V di India.

“Dengan peningkatan kes direkodkan sekarang, vaksinasi adalah kaedah paling efektif bagi memerangi COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – AFP

Petugas kesihatan mengalihkan pesakit dari sebuah hospital COVID-19 ke sebuah hospital lain di Ahmedabad, India. –AP