Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    India majukan perkakasan ketenteraan

    PUNE, INDIA, 29 MAC – India mempamerkan helikopter, dron dan artileri buatan dalam negara pada perhimpunan ketua tentera dan pegawai dari 31 negara Afrika kelmarin, ketika pengimport senjata terbesar dunia itu berusaha untuk menjadi pengeksport utama juga.

    India telah mengepam berbilion-bilion ke dalam sektor pertahanannya dalam usaha untuk kurang bergantung kepada import, termasuk dari Rusia, ketika ia berhadapan dengan China di sempadan mereka yang dipertikaikan.

    Pada masa yang sama ia telah cuba untuk menjual lebih banyak perkakasan keluaran dalam negara ke negara lain, terutamanya negara miskin yang tidak mampu membeli kit buatan Barat yang lebih mahal.

    “Kami membuat peralatan yang berpatutan dan boleh dipercayai,” kata pesara jeneral tentera India, VG Patankar kepada AFP pada majlis itu.

    Kelmarin, tentera India mempamerkan barangan yang ditawarkan dengan operasi simulasi yang menampilkan komando yang melarikan diri dari helikopter, kenderaan berperisai dan robot pemusnah bom.

    Turut dipamerkan di Pune di barat India adalah hab pembuatan pertahanan utama negara itu ialah senapang serangan, peluru meriam dan model peluru berpandu.

    Perhimpunan itu, yang mengikuti latihan ketenteraan bersama selama sembilan hari dengan askar dari 23 negara Afrika, termasuk perwakilan dari Ethiopia, Mesir, Kenya, Maghribi, Nigeria, Rwanda dan Afrika Selatan.

    India membuka kilang pembuatan helikopter terbesarnya pada Februari, beberapa bulan selepas ia memperkenalkan kapal pengangkut pesawat buatan tempatannya yang pertama dan menguji peluru brpandu balistik dari kapal selam berkuasa nuklear domestik sulungnya.

    Negara itu menyasarkan untuk lebih menggandakan eksport senjata tahunannya kepada AS$5 bilion pada tahun-tahun akan datang, daripada kira-kira AS$1.7 bilion pada masa ini. – AFP

    Askar Tentera Afrika memeriksa senjata pada sesi paparan senjata semasa latihan lapangan Afrika-India (AFINDEX-2023), di Pune, 29 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda