Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    India mula inokulasi remaja

    NEW DELHI, 3 JAN – India meneruskan program vaksinasi COVID-19 bagi remaja berusia 15 hingga 18 tahun hari ini, selepas para pegawai memperketatkan sekatan di bandar-bandar besar demi mengelak penularan jangkitan sama tahun lalu.

    Ratusan remaja berbaris dengan sabar bersama ibu bapa mereka hari ini di luar sekolah yang ditukar menjadi pusat perubatan sementara di bandar New Delhi.

    “Mendapat vaksin pertama awda rasanya sangat hebat,” kata Soumadeep berusia 16 tahun, selepas menerima dos pertama vaksin buatan India, Covaxin.

    “Ia seperti hadiah tahun baharu bagi kanak-kanak,” ujarnya.

    Para pegawai gelisah berhubung kemunculan baharu varian Omicron dan peningkatan mendadak dalam jangkitan harian, dengan beberapa pusat bandar terbesar India mengenakan sekatan baharu minggu lalu.

    New Delhi dan hab teknologi Bangalore dikenakan perintah berkurung malam bermula 10 malam setiap hari, dengan bar dan restoran di kedua-dua bandar diarahkan untuk beroperasi pada kapasiti separuh.

    Mumbai, bandar komersial India, telah ditegah daripada melakukan perhimpunan awam lebih empat orang bermula 9 malam ke 6 pagi dengan majlis perkahwinan dihadkan kepada 50 tetamu sahaja.

    Bermula Isnin depan, India akan mula memberikan suntikan penggalak kepada penduduk yang berusia 60 tahun ke atas. – AFP

    Para pelajar duduk selepas diinokulasi menggunakan dos vaksin Covaxin di sekolah menengah di Ahmedabad pada 3 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...