India mula kempen pembersihan selepas banjir, tanah runtuh mulai mereda

MUMBAI, 26 JULAI – Para penyelamat meredah lumpur separas pinggang di barat India hari ini untuk merawat penduduk dan memulakan kempen pembersihan besar-besaran ketika jumlah kematian akibat tanah runtuh dicetuskan monsun dan banjir meningkat kepada 198 orang.

Di negeri Maharashtra yang terjejas teruk, para penyelamat membatalkan operasi di tepi pergunungan kampung Taliye, tenggara Mumbai, di mana 53 mayat telah ditemui.

Pihak berkuasa tempatan berkata usaha untuk mendapatkan 31 lagi mayat yang masih hilang – selepas tanah runtuh memusnahkan puluhan buah rumah pada Khamis – akan dihentikan, dengan nama-nama mangsa akan dikira antara yang terkorban.

Pantai barat India telah dilanda hujan ribut teruk selama beberapa hari dengan suku juta penduduk dipindahkan dari rumah mereka di tiga negeri dan bekalan elektrik diputus di seluruh kawasan itu.

Pakar mengatakan perubahan iklim telah meningkatkan frekuensi dan intensiti banjir tahunan – yang sangat kritikal melimpahi sungai manakala air dalam tanah juga menyebabkan kematian meluas dan kemusnahan.

“Fokus utama sekarang adalah untuk memindahkan mangsa cedera dan memulihkan bekalan elektrik semasa paras air mulai surut,” kata jurucakap Pasukan Bantuan Bencana Kebangsaan kepada AFP. – AFP

Pandangan menyeluruh menunjukkan kawasan dibanjiri di daerah Maharashtra pada 26 Julai. – AFP