India mulakan operasi besar-besaran bawa pulang rakyat

DUBAI/INDIA, 7 MEI – Gelombang pertama usaha besar-besaran untuk membawa pulang ratusan ribu warga India yang terperangkap di luar negara bermula hari ini dengan dua penerbangan berlepas dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

India melarang semua penerbangan masuk antarabangsa pada akhir Mac kerana melaksanakan satu daripada perintah berkurung paling ketat di dunia ekoran penularan COVID-19, menyebabkan sebilangan besar pekerja dan pelajar terkandas.

Kira-kira 15,000 warganegara India akan dibawa pulang dari 12 negara dengan kapal terbang dan kapal laut, dalam usaha besar-besaran yang menyaksikan laman web kementerian penerbangan awam tergendala hari ini apabila warga India panik dan bergegas mendaftar.

Dua pesawat menuju ke Maldives dan satu lagi ke UAE – rumah bagi kira-kira 3.3 juta komuniti India yang membentuk sekitar 30 peratus penduduk negara Teluk.

Konsulat di Dubai mengatakan bahawa, pihaknya telah menerima hampir 200,000 permohonan, memohon di Twitter untuk ‘kesabaran dan kerjasama’ ketika India melakukan ‘tugas besar’ untuk membawa pulang rakyatnya. – AFP