India negara keempat paling teruk diancam COVID-19

NEW DELHI, 12 JUN – India negara keempat di dunia paling teruk diancam wabak COVID-19 selepas merekodkan 10,956 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kes disahkan melonjak kepada 297,535 manakala angka korban sebanyak 8,498, dengan 396 kematian dicatatkan dalam tempoh sehari, menurut data kerajaan.

Pada keseluruhannya, India mempunyai 141,842 kes aktif dan 147,195 pesakit pulih setakat 8 pagi hari ini, kata Kementerian Kesihatan.

Negara ini mengatasi Britain dan Sepanyol dalam jumlah jangkitan manakala Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia, tiga negara di dunia paling teruk terjejas. – Bernama