India negara ketiga paling banyak belanja ketenteraan

NEW DELHI, 27 APRIL – India merupakan negara ketiga di dunia yang memperuntukkan perbelanjaan ketenteraan paling tinggi pada 2019 selepas Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut data Institut Keamanan dan Penyelidikan Antarabangsa Stockholm (SIPRI).

Jumlah perbelanjaan ketenteraan global melebihi AS$1.9 trilion meningkat 3.6 peratus berbanding 2018, pertumbuhan perbelanjaan tahunan terbesar sejak sedekad, kata SIPRI pada Isnin.AS, China, India, Rusia dan Arab Saudi menyumbang 62 peratus perbelanjaan.

China membelanjakan AS$261 bilion, meningkat 5.1 peratus manakala India AS$71.1 bilion iaitu 6.8 peratus, berbanding 2018. “Ketegangan dengan Pakistan dan China antara pendorong utama peningkatan perbelanjaan ketenteraannya,” kata penyelidik kanan SIPRI Siemon T. Wezeman. – Bernama