Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    India perkenal helikopter buatan tempatan

    JODHPUR, 3 OKT – India hari ini mendedahkan helikopter gempur buatan tempatan kelompok pertama yang direka untuk kegunaan di kawasan altitud tinggi seperti Himalaya di mana tenteranya bertempur dengan China pada 2020.

    Helikopter kombat ringan itu dilihat sebagai satu lagi kejayaan dalam usaha India mengurangkan kebergantungan kepada Rusia, sumber utama pembekal senjatanya dan lain-lain.

    Helikopter dibuat oleh Hindustan Ae-ronautics Limited (HAL) “akan menjadi peningkatan besar terhadap keupayaan gempur Angkatan Tentera Udara India,” kata Menteri Pertahanan, Rajnath Singh di pangkalan udara barat India.

    “Ia adalah masa yang bersejarah, kebanggaan kita dan hasil dua dekad penyelidikan dan pembangunan,” kata Singh.

    Pegawai mengatakan helikopter itu sudah diuji di altitud tinggi sehingga 16,000 kaki di atas paras laut, ketika India meningkatkan usaha membina industri pertahanan domestiknya. – AP

    Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh duduk dalam helikopter gempur pertama India yang dinamakan Prachand semasa majlis induksi di Jodhpur, India, 3 Okt. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...