India rampas barangan kemas bernilai AS$180 juta

NEW DELHI, 11 JUN – Pihak berkuasa India telah merampas barangan kemas berlian, mutiara dan perak bernilai jutaan dolar sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas kes seorang ahli perniagaan berlian yang ditahan di London semasa bergelut bagi ekstradisinya.

Barangan rampasan bernilai 13.5 bilion rupee (AS$180 juta) itu telah disimpan dalam gudang logistik syarikat itu di Hong Kong selepas dibawa dari Dubai pada 2018, menurut kenyataan Direktorat Penguatkuasaan India, yang menyiasat jenayah itu.

Barangan kemas milik Nirav Modi itu pernah menghiasi bintang-bintang artis dari Bollywood hingga Hollywood, dan bapa saudaranya Mehul Choksi, juga telah melarikan diri dari India dan tinggal di Antigua.

Modi ditahan tanpa ikat jamin oleh pihak berkuasa Britain tahun lalu, lebih setahun selepas pihak berkuasa India mendakwa dia terlibat dalam penipuan bank berjumlah AS$1.8 bilion.

Dia meninggalkan negara itu awal 2018 dan memulakan kehidupan di London.

Pihak berkuasa India meminta ekstradisi atas dakwaan syarikat Nirav Modi mengawal penipuan di Bank Kebangsaan Punjab milik kerajaan dengan menggunakan dokumen kewangan palsu untuk mendapat pinjaman membeli dan mengimport barangan kemas. – AP