Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    India rancang haramkan penggunaan plastik

    NEW DELHI, 1 JULAI – India telah mengharamkan penggunaan produk plastik pakai buang secara berperingkat hari ini sebagai sebahagian daripada rancangan persekutuan untuk menghapuskan bahan yang boleh didapati di mana-mana di negara yang mempunyai hampir 1.4 bilion penduduk.

    Bagi peringkat pertama, ia telah mengenal pasti 19 bahan plastik yang tidak berguna namun mempunyai potensi besar untuk menjadi sampah dan membuatkannya haram untuk dihasilkan, diimport, disimpan, diagih atau dijual.

    Bahan-bahan itu termasuk cawan plastik dan penyedut serta batang aiskrim. Sebahagian daripada beg plastik pakai buang juga akan dihapuskan secara berperingkat dan digantikan dengan plastik yang lebih tebal.

    Beribu-ribu produk plastik lainnya – seperti botol minuman atau – tidak termasuk dalam larangan tersebut. Namun, kerajaan persekutuan telah meletakkan sasaran kepada pengeluar untuk bertanggungjawab mengitar semula atau melupuskannya selepas digunakan.

    Pengeluar plastik membuat rayuan kepada kerajaan untuk menangguhkan pengharaman, dengan alasan inflasi dan potensi kehilangan pekerjaan. Namun Menteri Alam Sekitar Persekutuan India, Bhupender Yadav berkata semasa sidang media di New Delhi bahawa pengharaman itu masih dalam perancangan selama setahun.

    “Sekarang kita kesuntukan masa,” katanya.

    Ini bukan kali pertama India mempertimbangkan untuk mengha-ramkan penggunaan plastik. Namun sebelum berulang kali memfokuskan kepada wilayah khusus, menyebabkan terdapat perbezaan dalam kejayaan. Pengharaman di seluruh negara yang tidak hanya termasuk penggunaan plastik, namun penghasilan atau pengimportannya merupakan ‘rangsangan,’ kata Satyarupa Shekhar, penyelaras Asia-Pasifik kumpulan Break Free from Plastik.

    Sistem pengurusan sisa di bandar-bandar dan kawasan perkampungan yang tidak teratur di negara itu bermakna sisa sebahagian besarnya tidak akan di kitar semula dan akhirnya akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

    Kira-kira 13 juta metrik tan sisa plastik sama ada bersepah atau tidak di kitar semula di negara-negara Asia Selatan pada 2019, iaitu yang tertinggi di dunia, menurut Our World in Data.- AP

    Seorang penjual menggunakan plastik pakai buang semasa berniaga di pasar tempatan di Chennai. India akan mula mengharamkan penggunaan produk plastik pakai buang.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...