Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India reka kit kesan Omicron dalam tempoh 2 jam

    NEW DELHI, 12 DIS – Majlis Penyelidikan Perubatan India telah mereka satu kit ujian yang boleh mengesan varian Omicron (B.1.1.529) dalam tempoh dua jam, lapor media tempatan hari ini.

    Kit ujian itu dibangunkan oleh sepasukan saintis dari pusat penyelidikan perubatan serantau bagi rantau timur laut.

    “Ini adalah penting kerana setakat ini minimum 36 jam diperlukan untuk menyasarkan penjujukan dan empat ke lima hari bagi keseluruhan penjujukan genom untuk mengesan varian itu,” kata ketua saintis Dr Biswajyoti Borkakoty dipetik sebagai berkata.

    Pengesahan sahih dalaman telah menunjukkan ujian itu ‘100 peratus tepat’, tambahnya.

    Kit itu telah dibangunkan pada ketika beberapa negeri di seluruh negara itu telah melaporkan kes Omicron.

    Hari ini, India melaporkan tiga lagi kes varian Omicron, membawa jumlah kes varian baharu di negara itu sebanyak 36. Tiga kes dilaporkan di Chandigarh, Andhra Pradesh dan Karnataka. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda