NEW DELHI, 13 JAN – Jumlah kes jangkitan COVID-19 di India meningkat kepada 36,317,927 hari ini, dengan pertambahan 247,417 kes baharu hanya dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini Kementerian Kesihatan negara itu.
Lebih 200,000 kes baharu direkodkan dalam tempoh sehari dengan jumlah kes membabitkan varian Omicron telah mencecah 5,488.
Sementara itu, 380 kematian dicatat sejak pagi kelmarin menjadikan jumlah korban terkini mencecah 485,035, kata Xinhua. – Bernama