India rekod kes terendah koronavirus

NEW DELHI, 23 NOV – India merekodkan 7,579 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, peningkatan sehari terendah dalam masa 543 hari, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 34,526,480 pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga.

Selain itu, 236 korban akibat wabak itu dilaporkan sejak pagi Isnin menjadikan jumlah kematian kepada 466,147, lapor Xinhua.

Sebanyak 113,584 kes aktif direkodkan, penurunan 4,859 kes aktif dalam tempoh yang sama, terendah dalam masa 536 hari. – Bernama